
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 17 kluster baharu Covid-19, dengan sembilan daripadanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat lagi adalah kluster komuniti, tiga membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan baki satu berkaitan sektor pendidikan.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan.
Perincian kluster seperti berikut:
- Kluster Jalan Selatan 11 (Johor Bahru) dengan 16 kes
- Kluster Tapak Bina Mutiara Mas Utama (Johor Bahru) dengan 10 kes
- Kluster Jalan Tropika Kulai (Kulai) dengan 9 kes
- Kluster Industri Jalan Budi (Batu Pahat) dengan 8 kes
- Kluster Tapak Bina Jalan BBN Dua (Seremban) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Industri Sembilan (Temerloh) dengan 11 kes
- Kluster Lorong Perusahaan Utama (Seberang Perai Tengah) dengan 29 kes
- Kluster Industri Jalan Korporat Tiga (Klang dan Kuala Selangor) dengan 40 kes
- Kluster Industri Sungai Rasau 35-2 (Klang) dengan 20 kes
- Kluster Belimbing Dalam (Alor Gajah) dengan 33 kes
- Kluster Kampung Sungai Bil (Muallim) dengan 21 kes
- Kluster Kampung Tebing Tinggi Kemumin (Kota Bharu) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Sena (Kulai) dengan 8 kes
- Kluster Jalan Free School (Timur Laut) dengan 44 kes
- Kluster Lorong Rambutan Tiga (Timur Laut) dengan 15 kes
- Kluster Lorong Nenas Satu (Seberang Perai Tengah) dengan 9 kes
- Kluster Jalan Jaya Simpang Renggam (Kluang) dengan 10 kes
Hisham berkata, sebanyak 5,641 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 744 daripadanya kluster aktif dan 4,897 lagi sudah tamat.