Osman Sapian dimasukkan ke hospital

Osman Sapian dimasukkan ke hospital

Perkara itu disahkan abang beliau, Aziz Sapian ketika dihubungi.

Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 pada Mei 2018 sebelum meletak jawatan pada April 2019. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian sedang menjalani rawatan selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan abang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu, Aziz Sapian ketika dihubungi FMT.

“Malam tadi (Osman dimasukkan ke hospital). Mula-mula di JB (Johor Bahru), kini dipindahkan ke KL (Kuala Lumpur),” katanya.

FMT masih menunggu maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai keadaan Osman daripada keluarga beliau.

Osman yang berusia 70 tahun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 pada Mei 2018 sebelum meletak jawatan pada April 2019.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.