13 kluster Covid, 6 babit tempat kerja

13 kluster Covid, 6 babit tempat kerja

Tiga lagi berkaitan komuniti, dua membabitkan sektor pendidikan dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta pusat tahanan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 13 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata enam daripadanya adalah kluster tempat kerja, tiga daripada kluster komuniti, dua daripada kluster pendidikan dan masing-masing satu daripada kumpulan berisiko serta pusat tahanan.

Kluster dikesan di Selangor, Melaka, Kedah, Sarawak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Industri Jalan Zurah Lima (Hulu Selangor) dengan 42 kes
  • Kluster Industri Jalan Sembilan Olak Lempit (Kuala Langat) dengan 31 kes
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Bukit Raja 2 (Klang dan Petaling) dengan 28 kes
  • Kluster Jalan Haji Taib Salak (Sepang) dengan 10 kes
  • Kluster Industri Jalan Usaha Enam (Melaka Tengah dan Jasin) dengan 15 kes
  • Kluster Dah Putih Industri Kulim (Kulim) dengan 30 kes
  • Kluster Menuang (Limbang) dengan 18 kes
  • Kluster Ensurai (Limbang) dengan 19 kes
  • Kluster Bukit Damar (Temerloh) dengan 22 kes
  • Kluster Dah Taman Melor (Kuala Muda dan Kota Setar) dengan 32 kes
  • Kluster Persiaran Lavender (Seremban) dengan 8 kes
  • Kluster Jalan Pegawai (Sabak Bernam) dengan 14 kes
  • Kluster DTI Bekenu (Subis) dengan 48 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,624 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 762 daripadanya kluster aktif dan 4,862 kluster lagi sudah tamat.

PKPD

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan tiada lokaliti baharu yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) hari ini.

Ketua Pengarah MKN, Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata, tiada lokaliti yang dilanjutkan PKPD.

Katanya, PKPD di Ladang Bera Selatan 5 dan 7, Bera di Pahang ditamatkan esok mengikut jadual.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.