
“Jabatan Peguam Negara mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
“Kertas siasatan telah dikembalikan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
SPRM sebelum ini berkata, tiga pegawai kanannya ditahan berhubung kes tersebut yang melibatkan wang yang dirampas daripada “seorang bekas ketua jabatan”.
Ketiga-tiga suspek direman selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan membabitkan wang yang hilang itu.
Menurut blog Edisi Siasat pada Ogos, sebahagian daripada wang itu yang dirampas dari sebuah kondominium di Cyberjaya pada 2018, dipercayai milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid, telah hilang dan mendakwa ia diambil oleh tiga pegawai SPRM.
Catatan di blog berkenaan menyatakan, selepas Hasanah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tahun ini, dia cuba menuntut semula wang terbabit, namun mendapati sebahagian daripadanya hilang dan digantikan dengan wang palsu.