PKPD 2 lokaliti di Pahang tamat esok

PKPD 2 lokaliti di Pahang tamat esok

PKPD ditamatkan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa.

PKPD ditamatkan seperti dijadualkan di Pahang manakala tiada sekatan atau lanjutan perintah kawalan di lokasi lain.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dua lokaliti berkenaan adalah Kampung Tementong, Mukim Cheka 1, Lipis, Pahang dan Kampung Orang Asli Kuala Boh, Pos Menson, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang.

“PKPD ditamatkan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

PKPD di dua lokaliti tersebut bermula pada 16 dan 30 Sept lepas.

Menurut kenyataan itu, tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD dan tiada pelanjutan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.