
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, acara itu akan diadakan pada satu hujung minggu pada November yang akan diumumkan oleh ERL di platform media sosialnya.
“Apabila sampai waktunya, bawa ahli keluarga dan rakan anda, dan sokong pemulihan negara kita,” kata Wee semasa acara pelancaran yang disiarkan secara langsung di laman Facebook KLIA Ekspres.
ERL turut melancarkan aplikasi KLIA Ekspres dinaik taraf yang membolehkan pelanggan membeli tiket dengan mudah dan mencari tawaran lebih baik.
Ia juga melancarkan program kesetiaan EkspreSmiles, yang memberi ganjaran kepada pelanggan dengan mata untuk setiap tempahan yang berjaya dibuat.
Para pelanggan kemudian dapat menebus mata ini dengan diskaun bagi pembelian pada masa hadapan.
“Dengan kemajuan teknologi selama bertahun-tahun, kami perlu meningkatkan kualiti pengalaman pembelian dan perjalanan pelanggan dengan memberi mereka ciri dan nilai lebih baik, serta ganjaran melalui program EkspreSmiles baharu kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor.
“Dengan kelonggaran perjalanan bermula minggu ini, lebih ramai orang kini boleh membuat perjalanan untuk urusan perniagaan dan aktiviti santai, jadi kami harap pelancaran ini tepat pada masanya supaya orang ramai dapat menggunakan pengangkutan awam semula.”