
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 93 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan di GitHub.
Daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah keseluruhan kematian kini mencecah angka 27,422.
Setakat tengah malam tadi, sebanyak 112,379 kes aktif direkodkan termasuk 756 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 397 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 10,833 kes sembuh dilaporkan semalam.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 yang direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,346,303.