14 kluster Covid, 6 babit tempat kerja

14 kluster Covid, 6 babit tempat kerja

Lima lagi kluster komuniti, dua membabitkan sektor pendidikan dan satu berkaitan kumpulan berisiko tinggi.

Terdapat 783 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 14 kluster baharu Covid-19, dengan enam daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima lagi berkaitan komuniti, dua membabitkan sektor pendidikan dan satu lagi kumpulan berisiko tinggi.

Kluster dikesan di Johor, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Sarawak.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Industri Jalan Gangsa (Kuala Langat) dengan 19 kes.
  • Kluster Bukit Baja (Sepang) dengan 41 kes.
  • Kluster Jalan SP 10/1 (Sepang) dengan 5 kes.
  • Kluster Kota Emas Pontian (Pontian) dengan 18 kes.
  • Kluster Jalan Mutiara Tiga Kulai (Kulai) dengan 7 kes.
  • Kluster Jalan Punai (Kulai) dengan 12 kes.
  • Kluster Hang Tuah Tangkak (Tangkak) dengan 20 kes.
  • Kluster Jalan Seladang Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah) dengan 15 kes.
  • Kluster Jalan Alma (Seberang Perai Tengah) dengan 15 kes.
  • Kluster Jalan Pulau Sebang (Alor Gajah, Tampin dan Rembau) dengan 37 kes.
  • Kluster Sawit Sungai Merbau (Rompin) dengan 16 kes.
  • Kluster Taman Danau Kota (Titiwangsa) dengan 6 kes.
  • Kluster Jalan Raja Chulan Sayong (Kuala Kangsar) dengan 13 kes.
  • Kluster Air Awat-awat (Lawas) dengan 42 kes.

Hisham berkata, sebanyak 5,611 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 783 daripadanya kluster aktif dan 4,828 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.