Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming positif Covid-19

Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming positif Covid-19

Beliau disahkan positif selepas sejam Speaker Dewan Rakyat memaklumkan tiada kes dilaporkan di Parlimen sejak 13 September.

Ong Kian Min memaklumkan beliau positif Covid-19 menerusi Twitter.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming disahkan positif Covid-19 selepas sejam Speaker Dewan Rakyat memaklumkan tiada kes dilaporkan di Parlimen sejak 13 September lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi perkongsian di Twitter miliknya selepas mendapat keputusan ujian pada 3.30 petang tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi Parlimen pada tengah hari. Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP itu turut memaklumkan tidak mengalami sebarang simptom.

Beberapa jam sebelum itu, Speaker Dewan Rakyat Azhar harun, membenarkan Ahli Parlimen membuka pelitup muka ketika berucap dan turut serta dalam perbahasan, susulan tiada penularan jangkitan Covid-19, setakat ini.

“Bagaimanapun, pelitup muka perlu dipakai sejurus ucapan selesai,” katanya sambil disokong Ahli Parlimen lain yang berada di Parlimen.

Azhar berkata, tiada Ahli Parlimen atau kakitangan Parlimen dilaporkan dijangkiti Covid-19, sejak 13 September.

Katanya, ujian pengesanan Covid-19 sentiasa dilakukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.