Wanita maut diserang buaya di Kalabakan

Wanita maut diserang buaya di Kalabakan

Mayat wanita itu ditemui penduduk kira-kira 300m dari lokasi beliau dilaporkan diserang buaya.

Mayat Fosanih Nansel ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi tadi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang wanita maut dipercayai akibat diserang buaya di Kampung Serudung Laut, dekat Kalabakan, Sabah, hari ini.

Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi tadi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam memaklumkan mangsa diserang buaya.

“Maklumat daripada keluarga diterima. Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan hari ini.

“Mangsa ditemui penduduk kira-kira 300m dari lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Bernama.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu ditamatkan 10.27 pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.