
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 10 kluster baharu Covid-19, dengan empat daripadanya berkaitan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat lagi kluster komuniti dan baki dua membabitkan kumpulan berisiko tinggi.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan.
Perincian kluster seperti berikut:
- Kluster Jalan Tampin – Gemas 2 (Tampin) dengan 68 kes.
- Kluster Industri Jalan Kesturi (Batu Pahat) dengan 10 kes.
- Kluster Industri Dua Jalan Labohan Dagang Nilai (Kuala Langat dan Klang) dengan 15 kes.
- Kluster Sawit Ulu Keratong (Rompin) dengan 40 kes.
- Kluster Kampung Belukar Kubang Gadong (Pasir Mas) dengan 7 kes.
- Kluster Kampung Nakhoda Saamah (Kota Bharu dan Bachok) dengan 10 kes.
- Kluster Kampung Seboi (Temerloh) dengan 51 kes.
- Kluster Sungai Pelus (Kuala Kangsar) dengan 98 kes.
- Kluster Jalan Masjid Negeri (Timur Laut) dengan 43 kes.
- Kluster Jalan Tengku Abdul Samad (Raub) dengan 20 kes.
Hisham berkata, sebanyak 5,580 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 845 daripadanya kluster aktif dan 4,735 lagi sudah tamat.