
Katanya, buat masa ini mahasiswa perlu mengambil subjek wajib yang tiada kaitan dengan kursus dipelajari, dengan memberikan sebagai contoh pelajar jurusan undang-undang yang perlu belajar mengenai tamadun Islam.
Subjek lain yang diwajibkan namun dilihat sebagai “tidak relevan” termasuk Pengajian Malaysia, Hubungan Etnik, serta Pengurusan dan Analitik Data.
“Jangan salah faham. Bagus belajar subjek ni. Tapi tak perlu diwajibkan. Penting untuk diajar, tapi cukup dijadikan subjek elektif,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Ahli Parlimen Muar itu berkata ramai mahasiswa awam mengongsikan masalah itu.
Katanya, sekiranya pelajar terpaksa mempelajari subjek berkenaan mereka akan mengambil masa lama iaitu sehingga enam atau tujuh tahun untuk tamat pengajian, berbanding di Singapura, UK atau Australia yang hanya memerlukan tiga hingga empat tahun.
“Graduan kita terpaksa tunggu sampai umur 26 hingga 27 tahun baru boleh masuk pasaran kerja.”
Tambahnya, tumpuan sewajarnya diberikan untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kompetitif dengan orang lain.