
PETALING JAYA: Satu lokaliti masing-masing di Perak dan Sabah diarahkan menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKDP) bermula pada 3 dan 4 Okt.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata, PKPD dilaksanakan sehingga 16 dan 17 Oktober.
Perincian pelaksanaan PKPD adalah seperti berikut:
PKPD sehingga 16 dan 17 Okt:
Perak
- Kampung Orang Asli Chadak, Tanjung Rambutan, Kinta, Perak dari 3 hingga 16 Okt.
Sabah
- Kampung Mokodou, Ranau, dari 4 hingga 16 Okt.
Lanjutan PKPD dari 4 hingga 17 Okt:
- Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentong, Pahang.
Penamatan PKPD pada 2 dan 3 Oktober:
- Kampung Tamu Darat, Kota Belud, Sabah.
- Tiga lokaliti di Lembah Bertam Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands iaitu Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong.
- Kampung Orang Asli Sungai Koi, Hulu Cheka, Jerantut.
- PASDEC Bandar Damansara, Kuantan, Pahang (ditamatkan sehari lebih awal daripada dijadualkan pada 2 Okt).