
Daripada 33 kematian itu, katanya, 18 kes atau 55% melibatkan warganegara, manakala 15 kes atau 45% melibatkan warga asing dari Myanmar, India dan Nepal.
Kes keracunan metanol itu dilaporkan di tujuh negeri, iaitu Selangor dengan 25 kes, Perak (13), Pahang (lima), Pulau Pinang (enam), Kuala Lumpur (empat), manakala Johor dan Negeri Sembilan masing-masing satu kes.
Hisham berkata, daripada 55 kes itu, 15 orang masih menerima rawatan, manakala tujuh dibenarkan keluar hospital.
Katanya, keracunan metanol berlaku apabila minuman beralkohol mengandungi metanol dalam dos yang toksik akibat proses distilasi minuman beralkohol yang tidak sempurna atau metanol dicampur ke dalam minuman beralkohol sebelum diminum.
Hisham berkata, keracunan metanol kebiasaannya dikaitkan dengan minuman beralkohol yang dikilangkan secara tidak sah kerana metanol dicampur ke dalam minuman tersebut sebagai pengganti etanol kerana metanol secara relatifnya lebih murah berbanding etanol.
Katanya, gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala dan kabur penglihatan dalam tempoh lima hari pengambilan minuman beralkohol.
Orang ramai dinasihatkan segera membawa individu yang mempunyai gejala keracunan metanol ke mana-mana klinik atau hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan kecemasan.