Pokok tumbang hempap kereta, 2 beranak nyaris maut

Pokok tumbang hempap kereta, 2 beranak nyaris maut

Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati dua mangsa menaiki Proton Exora sudah keluar dari kenderaan yang dihempap.

Sebatang pokok berketinggian 80 kaki yang tumbang melintang di Jalan Raja Nong-Taman Sentosa menghempap kenderaan di situ. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Dua beranak nyaris maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok getah berketinggian 80 kaki yang tumbang melintang di Jalan Raja Nong-Taman Sentosa, dekat Klang, pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Zakaria Zainuddin berkata, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

“Pihak kami menerima panggilan kejadian 9.18 pagi dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pemandu berusia 50-an bersama anak lelakinya berusia 17 tahun itu sudah keluar sendiri dari kenderaan jenis Proton Exora dinaiki mereka,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Andalas telah membersihkan jalan dan mengalihkan pokok tumbang dan operasi selesai sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.