PKPD di 3 lokaliti di Pahang

PKPD di 3 lokaliti di Pahang

PKPD di tiga perkampungan Orang Asli di Pahang akan tamat esok seperti yang dijadualkan.

PKPD dilaksanakan di tiga lokaliti di Pahang mulai esok dan Sabtu, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad.
PETALING JAYA:
Tiga lokaliti di Pahang diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula esok dan Sabtu.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata, PKPD selama dua minggu itu melibatkan Ladang Felda Kechau dan Taman Teratai, Budu di daerah Lipis yang akan bermula 2 hingga 15 Okt.

PKPD di Kampung Bukit Serdang, Bera, pula akan bermula dari 1 hingga 14 Okt.

Katanya, PKPD dilaksanakan setelah pegawai kesihatan mengesan terdapat peningkatan kes Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, PKPD di tiga perkampungan Orang Asli di Pahang iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian, Kampung Lubok Wong akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.

“PKPD di Penjara Penor juga akan ditamatkan esok,” tambahnya.

Selain itu, katanya, tiada juga PKPD yang akan dilanjutkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.