Tiada lokaliti baharu dikenakan atau dilanjutkan PKPD hari ini

Tiada lokaliti baharu dikenakan atau dilanjutkan PKPD hari ini

PKPD di Kampung Paya Mengkuang, Sanggang, Temerloh, Pahang akan ditamatkan pada 30 Sept seperti dijadualkan.

Tiada kawasan baharu dikenakan PKPD hari ini, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad.
PETALING JAYA:
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad memaklumkan, tidak ada kawasan baru yang akan ditempatkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) hari ini.

Menurut kenyataan, beliau memaklumkan PKPD di Kampung Paya Mengkuang, Sanggang, Temerloh, Pahang akan ditamatkan pada 30 Sept, seperti dijadualkan.

“Keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, tiada juga PKPD yang akan dilanjutkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.