240 kematian Covid-19 dilapor semalam

240 kematian Covid-19 dilapor semalam

Sebanyak 71 kes diklasifikasi sebagai kematian di luar hospital.

Johor mencatatkan kematian Covid-19 tertinggi semalam, iaitu sebanyak 47 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 240 kes kematian akibat Covid-19 semalam, menurut perangkaan dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 71 kes diklasifikasi sebagai kematian di luar hospital (BID) dan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 25,935 kes.

Johor mencatatkan kes kematian tertinggi semalam, iaitu 47, diikuti Selangor (41), Sabah (38), Kuala Lumpur (21), Kedah (20), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kelantan (14) Perak (19), Terengganu (tujuh), Melaka (empat), Pahang (empat) dan Perlis (satu).

Tiada kes kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 177,560 kes aktif dilaporkan termasuk 986 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 574 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 14,160 kes sembuh dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini ialah 2,220,526 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.