Bayaran pencen dijangka cecah RM46.6 bilion pada 2030, kata PM

Bayaran pencen dijangka cecah RM46.6 bilion pada 2030, kata PM

Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah berkenaan membabitkan perbelanjaan faedah persaraan termasuk pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan “award” wang tunai gantian cuti rehat.

Pembayaran pencen menjelang 2030 dianggarkan berjumlah RM46.6 bilion, kata Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Bernama) 
PETALING JAYA:
Pembayaran pencen dijangka mencecah sebayak RM46.6 bilion pada 2030, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia, Ismail berkata bayaran pencen pada tahun lalu sebanyak RM26.38 bilion sementara bayaran pencen pada 2010 adalah sebanyak RM9.88 bilion.

Katanya, jumlah berkenaan membabitkan perbelanjaan faedah persaraan termasuk pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan “award” wang tunai gantian cuti rehat.

“Kerajaan sedang memperhalusi skim baharu ini bagi memastikan ia akan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dalam jangka masa panjang dan pada masa sama memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjamin,” katanya.

Perdana menteri menjawab pertanyaan Wong Hin Wai (PH-Bukit Bendera) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah pembayaran pencen mengikut perundangan pencen dan unjuran bagi 2030, selain usaha kerajaan untuk menghadapi peningkatan pembayaran pencen bagi tahun akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.