Mahkamah tolak saman fitnah Waytha Moorthy terhadap bekas ahli Hindraf

Mahkamah tolak saman fitnah Waytha Moorthy terhadap bekas ahli Hindraf

Mahkamah turut memerintahkan Waytha membayar kos berjumlah RM30,000.

P Waytha Moorthy mendakwa difitnah dalam artikel bertarikh 13 Mac 2016 bertajuk ‘Hindraf berpecah lagi’. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan oleh bekas menteri, P Waytha Moorthy terhadap seorang bekas pemimpin Hindraf, N Ganesan.

Panel tiga hakim diketuai Abdul Rahman Sebli berkata, isu perundangan yang diluluskan ketika permohonan untuk izin membuat rayuan tidak dibangkitkan dalam hujahan di Mahkamah Rayuan.

“Tiada keperluan untuk menjawab soalan yang berada dalam vakum,” katanya yang bersidang bersama Zabariah Mohd Yusof dan Mary Lim Thiam Suan.

Mahkamah turut memerintahkan Waytha membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Ganesan, yang diwakili peguam Gurdial Singh Nijar.

Peguam G K Ganesan hadir bagi pihak Waytha yang juga pengasas bersama Hindraf.

Pada September 2019, Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Seremban bahawa Ganesan telah memfitnah Waytha.

Pada 15 Julai 2018, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah Waytha terhadap Ganesan dan akhbar Tamil Nesan (M) Sdn Bhd yang kini tidak lagi beroperasi. Mahkamah turut mengarahkan Ganesan membayar ganti rugi RM100,000 serta kos RM20,000.

Waytha memfailkan saman fitnah berhubung artikel disiarkan akhbar berkenaan pada 13 Mac 2016 bertajuk “Hindraf berpecah lagi”.

Ganesan menegaskan beliau tidak menulis artikel itu seperti didakwa dalam saman fitnah berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.