
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Mustaqim Ismandi berusia 23 tahun.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.46 pagi sebelum menggerakkan 13 anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua lagi van syarikat penghantaran terbabit dalam perjalanan untuk menghantar barangan kepada pelanggan.
“Namun, lori dipandu mangsa terbabas ketika cuba mengelak kon yang berada di tepi jalan dan melanggar pokok di bahagian tengah jalan lalu terbakar.
“Orang awam cuba membantu mangsa, tetapi api marak dengan cepat,” katanya ketika dihubungi.
Suhaimi berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Dua lagi van syarikat penghantaran terbabit selamat dan tidak terlibat dalam kemalangan itu,” katanya.