Kit Siang tetap 10 sasaran Covid-19 untuk dicapai Khairy sebelum Belanjawan dibentang

Kit Siang tetap 10 sasaran Covid-19 untuk dicapai Khairy sebelum Belanjawan dibentang

Antara sasaran yang ditetapkan adalah memastikan negara tidak mencapai jumlah 2.7 juta kes.

Veteran DAP Lim Kit Siang mendakwa situasi Covid-19 di negara ini tidak menunjukkan peningkatan ketara sejak Khairy Jamaluddin mengambil alih portfolio kesihatan pada 30 Ogos.
PETALING JAYA:
Veteran DAP Lim Kit Siang menyenaraikan 10 sasaran untuk dicapai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum Belanjawan 2022 dibentangkan bulan depan, sambil mendakwa, situasi Covid-19 di negara ini tidak menunjukkan peningkatan ketara sejak beliau mengambil alih portfolio berkenaan pada 30 Ogos.

“Semalam, kita menduduki tempat ke-8 di dunia dalam kes harian baharu Covid-19 dan tempat ke-7 dalam kematian Covid-19 harian.

“Kita melepasi paras 25,000 kematian Covid-19, setelah mencapai jumlah keseluruhan sebanyak 25,159 dengan 228 kematian semalam,” katanya dalam kenyataan.

Lim mencabar Khairy untuk mencapai sasaran Covid-19 berikut sebelum Belanjawan dibentangkan di Parlimen pada 29 Okt:

  • Menyahsenaraikan Malaysia daripada 20 negara dengan kes harian tertinggi;
  • Menyahsenaraikan Malaysia daripada 20 negara dengan kematian tertinggi;
  • Memastikan Malaysia tidak mencatatkan “kematian per juta” tertinggi di rantau Asia dan ASEAN, tidak termasuk negara-negara dan kepulauan kecil;
  • Memastikan Malaysia tidak mencapai jumlah 2.7 juta kes;
  • Memastikan Malaysia tidak mendekati 32,000 kematian secara keseluruhan;
  • Memastikan Malaysia tidak berada pada kedudukan ke-19 di dunia dalam jumlah kes kumulatif;
  • Memastikan Malaysia tidak termasuk dalam senarai 40 negara utama dalam jumlah kes kumulatif;
  • Menurunkan jumlah kes harian baharu kepada tiga angka;
  • Menurunkan jumlah kematian sebelum tiba ke hospital (BID) kepada satu angka; dan
  • Menurunkan jumlah kematian harian kepada satu angka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.