
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada polis sekitar 6.18 petang, sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.
“Pencarian giat dijalankan pihak bomba. Kita khuatiri kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras dipercayai menuju ke arah Sri Muda akibat terjatuh ke dalam longkang 4×5 kaki itu (1.2m x 1.5m) ” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Norazam berkata, pihaknya turut menerima laporan banjir kilat dengan paras air setinggi 1.2m di Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, dekat sini sekitar 5.09 petang tadi.
Namun, katanya, tiada individu yang dilaporkan terlibat ataupun cedera dalam banjir kilat itu.
“Keadaan air di kawasan itu kini mulai surut dan terkawal.”