Op Patuh diteruskan, beri tumpuan gelembung pelancongan Langkawi

Op Patuh diteruskan, beri tumpuan gelembung pelancongan Langkawi

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata ia bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek rintis itu dan memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.

Hamzah berkata mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan (JKPS) SOP Covid-19 memutuskan, untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan pematuhan SOP secara bersepadu melalui Op Patuh.
PETALING JAYA:
Tumpuan khusus pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan gelembung pelancongan Langkawi menerusi Operasi Patuh (Op Patuh) akan diteruskan sebelum ia diperluas ke destinasi pelancongan lain.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata ia bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek rintis itu dan memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.

“Sejak Op Patuh dilancarkan pada Jun lepas, lebih 1 juta pemeriksaan dijalankan di seluruh negara antaranya terhadap 178,266 kilang; 79,974 tapak pembinaan; 1.5 juta premis perniagaan; dan 24,967 asrama penginapan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 7,410 kompaun dikeluarkan dan 4,440 premis diarah tutup,” katanya semalam, menurut laporan Bernama.

Hamzah berkata mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan (JKPS) SOP Covid-19 memutuskan, untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan pematuhan SOP secara bersepadu melalui Op Patuh.

Katanya juga, ia adalah untuk memastikan tiada pihak mengambil mudah mengenai pematuhan SOP ketika negara beralih ke fasa endemik.

Sementara itu, Hamzah berkata JKPS memandang serius laporan analisis mobiliti aplikasi MySejahtera yang mendedahkan sebanyak 523 ‘check-in’ dikenal pasti dalam kalangan kes positif Covid-19, yang diberikan perintah ‘Home Surveilance Order’ (HSO).

“Menurut data yang diperolehi, sebanyak 18% kes itu dikesan di pasar raya. JKPS telah meminta pihak Kementerian Kesihatan untuk menyalurkan maklumat berhubung pelanggaran perintah HSO secara serta merta, kepada pihak polis bagi tujuan penguatkuasaan di lapangan,” katanya.

Hamzah berkata melalui maklumat itu, pihak berkuasa seperti polis dapat diatur gerak terus ke lokasi yang dikenal pasti bagi tujuan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Selain itu, pihak premis yang didapati membenarkan individu yang melanggar perintah HSO memasuki premis mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.