Penonton belum boleh masuk stadium untuk Piala Malaysia

Penonton belum boleh masuk stadium untuk Piala Malaysia

KBS tangguh kehadiran penonton ke stadium bagi membolehkan perincian semula protokol mengambil kira penilaian risiko semasa.

Penonton mematuhi penjarakan sosial ketika menyaksikan perlawanan antara Pahang dan Terengganu di Stadium Darul Makmur pada 6 April lalu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreaksi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan malam ini memaklumkan bahawa penangguhan itu bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa.

“KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/penyokong ke venue bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah PPN fasa dua dan tiga.

“Susulan itu, Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Selasa dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada Rabu memutuskan agar KBS memperincikan Protokol Am itu dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut KBS.

Menurut kenyataan itu, KBS amat komited bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam.

Sebelum ini, Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Ab Ghani Hassan berharap agar kerajaan membenarkan penyokong ke stadium bagi saingan Piala Malaysia musim ini yang memasuki ulang tahun ke-100.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.