3 tahun ‘hidup dalam mati’, pekerja besi buruk rayu ‘nyawa dikembalikan’

3 tahun ‘hidup dalam mati’, pekerja besi buruk rayu ‘nyawa dikembalikan’

Ramasamy Muthaloo, 64, tersilap diisytiharkan mati selepas abangnya meninggal dunia pada 2018.

Ramasamy Muthaloo dan isterinya Sujatha Simhachalam di luar kediaman mereka di Hutan Melintang, Perak. (Gambar P David Marshel)
GEORGE TOWN:
Seorang pekerja besi buruk di Perak “hidup dalam mati” sejak tiga tahun lalu akibat kesilapan adik perempuannya yang buta huruf melaporkannya meninggal dunia.

Ramasamy Muthaloo, 64, tersilap diisytiharkan “mati” sejak 3 Disember 2018 selepas adik lelakinya Maniam, 56, maut akibat komplikasi jantung.

Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai P David Marshel yang melawat lelaki itu di kediamannya di Hutan Melintang, Perak, hari ini, berkata kesilapan berlaku disebabkan kakak Ramasamy tertulis mendaftarkan namanya sebagai si mati, bukan Maniam.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat untuk membetulkan kesilapan itu, namun Ramasamy menyedari isu berkenaan tidak selesai apabila menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan keretanya.

Ketika itu, dia dimaklumkan bahawa namanya telah disenaraikan sebagai telah meninggal dunia mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seterusnya dokumen berkenaan tidak dapat diperbaharui.

Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai P David Marshel dan K Jason Raj bersama Ramasamy Muthaloo dan isterinya Sujatha Simhachalam di kediaman pasangan itu di Hutan Melintang, Perak. (Gambar P David Marshel)

David berkata, dua lagi laporan polis dibuat untuk membetulkan statusnya dengan JPN, namun tidak diendahkan seterusnya mengakibatkan pelbagai kesukaran untuk Ramasamy.

Katanya, Ramasamy tidak lagi menerima bantuan kerajaan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM300.

Ramasamy juga tidak dapat bekerja sebagai kontraktor yang memaksanya mencari rezeki sebagai pekerja besi buruk.

Isterinya Sujatha Simhachalam, 50, merayu pihak berkuasa membetulkan status Ramasamy kerana suaminya itu juga tidak boleh mendapat rawatan di klinik atau hospital kerajaan.

Katanya, dia menerima bantuan RM300 daripada JKM manakala suaminya meraih pendapatan sekitar RM30 sehari.

David menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk membantu Ramasamy sebagai penduduk di kawasan Parlimennya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.