
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerima banyak aduan daripada penduduk dan berasaskan siasatan yang dijalankan terutama menjelang awal pagi di kawasan terbabit.
“JAS sudah pun mengeluarkan perintah larangan dan menjalankan operasi bersepadu sejak 2019.
“Kini, JAS merujuk perkara ini kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani supaya tindakan diambil di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya di Facebook.
Menerusi hantaran berkenaan, Tuan Ibrahim turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan asap tebal dari kilang itu.
Pada Sept tahun lalu, JAS menyita dua kilang kayu di Bukit Selambau selepas didapati tidak menggunakan sistem kawalan pencemaran udara.
Sebelum ini, pelbagai pihak melahirkan kebimbangan terhadap aktiviti kilang haram di Sungai Petani kerana didakwa menjadi punca pencemaran udara di daerah tersebut yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.