Harga ayam mula tunjuk trend penurunan, kata KPDNHEP

Harga ayam mula tunjuk trend penurunan, kata KPDNHEP

Purata harga ayam di seluruh negara kini adalah sekitar RM8.79 sekilogram, turun berbanding sekitar RM11 hingga RM11.50 yang direkodkan dua minggu lepas.

KPDHEP menyifatkan trend penurunan harga ayam sebagai hasil keberkesanan penguatkuasaan kementerian di seluruh negara termasuk kerjasama erat dengan semua peringkat rantaian pengedaran termasuk peruncit, pemborong dan penternak.
PUTRAJAYA:
Pemeriksaan oleh pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga ayam di pasaran kini menunjukkan trend menurun berbanding minggu sebelumnya.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, purata harga ayam di seluruh negara kini adalah sekitar RM8.79 sekilogram, turun berbanding sekitar RM11 hingga RM11.50 yang direkodkan dua minggu lepas.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan di 600 premis menjual ayam sejak semalam, 11 premis dikesan masih menjual ayam pada harga RM10 ke atas, 147 premis pula didapati menjual ayam pada harga RM9.50 ke atas, manakala 339 premis (RM9.50 ke bawah) dan 103 premis (RM8 ke bawah).

Beliau menyifatkan trend penurunan itu sebagai hasil keberkesanan penguatkuasaan KPDNHEP di seluruh negara termasuk kerjasama erat dengan semua peringkat rantaian pengedaran termasuk peruncit, pemborong dan penternak.

“Kami akan terus melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan harga ayam kekal stabil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di beberapa premis tumpuan di sini malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.