
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu tersenarai semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan oleh Gobind Singh Deo (PH-Puchong) kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Pada sesi soal jawab lisan itu juga, Mohd Edris (Bersatu- Libaran) meminta menteri sains, teknologi dan inovasi untuk menyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk program vaksinasi di seluruh negara mengikut Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Sementara itu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) pada sesi Pertanyaan Menteri akan meminta menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna menyatakan sama ada kementerian akan menurunkan harga maksimum kit ujian kendiri Covid-19 secara berperingkat daripada harga siling RM19.90 yang ditetapkan ketika ini.
Persidangan Dewan Rakyat hari ini juga akan menyambung semula perbahasan Titah Diraja.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah sidang Parlimen yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Okt.