Polis tahan lelaki minta upah RM20 bantu dapatkan vaksin

Polis tahan lelaki minta upah RM20 bantu dapatkan vaksin

Menurut polis, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.35 petang di pekan Semporna, Jumaat lalu.

Polis berkata, suntikan vaksin diberi secara percuma oleh kerajaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat meminta upah berupa wang untuk mendapatkan vaksin.
SEMPORNA:
Polis menahan seorang lelaki yang didapati memperdayakan orang ramai dengan meminta bayaran RM20 untuk setiap orang bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Semporna Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.35 petang di pekan Semporna, Jumaat lalu.

Farhan berkata, lelaki terbabit turut mendakwa boleh membantu menguruskan pengambilan vaksin di salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di daerah itu kepada sesiapa yang sanggup membuat bayaran.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek telah melakukan penipuan itu ke atas 16 individu sebelum ini.

“Polis memandang serius perkara ini dan siasatan lanjut diteruskan sama ada kegiatan ini turut didalangi sindiket atau individu lain.

“Suntikan vaksin diberi secara percuma oleh kerajaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat meminta bayaran wang untuk mendapatkan vaksin,” katanya dalam kenyataan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.