Hujan lebat berterusan, Jalan Penampang-Tambunan terputus akibat tanah runtuh

Hujan lebat berterusan, Jalan Penampang-Tambunan terputus akibat tanah runtuh

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Farhan Sufyan Borhan, berkata laluan sepanjang hampir 30m itu tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Jalan berkenaan runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Hubungan jalan raya Penampang-Tambunan terputus susulan tanah runtuh di Kilometer 52.35, berdekatan Air Terjun Masakob, pada jam 7 malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan, berkata laluan sepanjang hampir 30m itu tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Jalan berkenaan dipercayai runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya dipetik Bernama.

Katanya, tiada mangsa terbabit atau kerosakan kenderaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya penduduk terjejas boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau ke Tambunan atau melalui Jalan Kimanis ke Keningau.

“Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.