Hampir 100% kes baharu Covid-19 Sarawak tiada gejala, gejala ringan sahaja

Hampir 100% kes baharu Covid-19 Sarawak tiada gejala, gejala ringan sahaja

Hanya 0.01% iaitu tiga kes adalah kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen.

Sarawak bagaimanapun menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan Covid-19, hari ini, membabitkan 2,929 kes.
KUCHING:
Sebanyak 99.9 peratus daripada 2,929 kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak, hari ini, tidak bergejala dan bergejala ringan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, 1,959 kes adalah kategori satu (tiada gejala) dan 967 kes kategori dua (gejala ringan), manakala hanya 0.01 peratus iaitu tiga kes merupakan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).

Sementara itu, lapan daerah mencatatkan jumlah kes baharu tiga digit dengan Kuching mencatatkan 747 kes, Sibu (327); Bintulu (311); Serian (286); Miri (137); Saratok (116); Sri Aman (112); dan Samarahan (108).

Sebanyak 21 daerah mencatatkan jumlah kes baharu dua digit antara 11 dan 93 kes, manakala 11 lagi daerah mencatatkan antara satu dan lapan kes.

Angka kematian akibat Covid-19 pula meningkat kepada 669 orang selepas 10 kematian dilaporkan membabitkan individu berumur antara 29 hingga 82 tahun, dengan sembilan daripada mereka mempunyai sejarah penyakit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.