Lebih separuh penduduk dewasa Sabah lengkap vaksinasi Covid-19

Lebih separuh penduduk dewasa Sabah lengkap vaksinasi Covid-19

Jurucakap Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata lebih 1.33 juta penduduk dewasa negeri itu telah lengkap menerima suntikan vaksin setakat semalam.

Sabah mencatat 2,163 kes, turun sedikit berbanding 2,246 semalam dan daripada jumlah kes itu 57.6% atau 1,246 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.
PETALING JAYA:
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata lebih separuh penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka hingga semalam.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata hingga semalam 51.1% atau lebih 1.33 juta penduduk dewasa negeri itu telah lengkap menerima suntikan vaksin berkenaan.

Sementara itu, katanya, 67% atau lebih 1.88 juta penduduk dewasa Sabah pula telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

“Program vaksinasi di negeri ini berjalan lancar dan kita sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi ini bagi melindungi rakyat daripada Covid-19,” katanya, menurut laporan Bernama.

Mengulas kes positif Covid-19 semalam, Masidi berkata Sabah mencatat 2,163 kes, turun sedikit berbanding 2,246 semalam dan daripada jumlah kes itu 57.6% atau 1,246 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

Beliau berkata daripada jumlah kes itu juga, 63.5% atau 1,374 kes daripada kategori dua, 28.1% atau 607 kes daripada kategori satu manakala bakinya kategori tiga, empat dan lima serta dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.