Internet sebagai hak asasi manusia, KKMM bakal umum sesuatu dalam masa terdekat, kata menteri

Internet sebagai hak asasi manusia, KKMM bakal umum sesuatu dalam masa terdekat, kata menteri

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata langkah kementeriannya seterusnya adalah mahu menjayakan aspirasi akses kemudahan internet sebagai hak asasi manusia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa sebelum ini berkata akses kepada kemudahan internet perlu dilihat secara keseluruhan kerana untuk menjadi sebuah negara maju dan moden.
KUALA LUMPUR:
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa akan mengumumkan langkah kementerian itu dalam menjayakan aspirasi akses kemudahan Internet sebagai hak asasi manusia.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, internet dan ‘connectivity’ (kesalinghubungan) adalah ‘human right’ (hak asasi manusia). Langkah KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) seterusnya akan menjurus ke arah menjayakan aspirasi ini. Saya akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya di Twitter, semalam.

Pada 30 Ogos lepas, Annuar yang yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia menekankan bahawa akses kepada kemudahan internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh.

Beliau berkata akses internet merupakan satu perkara keutamaan yang akan beliau beri perhatian ketika menerajui KKMM.

Beliau berkata selain program Jalinan Digital Negara (Jendela), akses kepada kemudahan internet perlu dilihat secara keseluruhan kerana untuk menjadi sebuah negara maju dan moden, maka aspek kemudahan Internet dan berkaitan dengannya perlulah bertaraf dunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.