Bekas pengarah JSJ Bukit Aman Zaman Khan meninggal dunia

Bekas pengarah JSJ Bukit Aman Zaman Khan meninggal dunia

Berita pemergian Zaman Khan disahkan oleh Pengerusi dan Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Mohamed Hanif Omar.

Zaman Khan pernah berkhidmat sebagai ketua polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai ketua pengarah penjara pada 1997. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi tadi.

Berita pemergian Zaman Khan disahkan oleh Pengerusi dan Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Mohamed Hanif Omar.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Sebelum ini, Zaman Khan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Ogos lalu selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu berjadual dengan doktor.

Pada Januari tahun lepas, Zaman Khan pernah menjalani rawatan di hospital sama susulan pendarahan dalam usus.

Zaman Khan, 80, merupakan Pengarah JSJ Bukit Aman pada 1993 yang terbabit dalam kes berprofil tinggi termasuk kes Wong Swee Chin (Botak Chin) dan P Kalimuthu (Bentong Kali).

Beliau juga merupakan antara pegawai kanan polis yang terawal di lokasi kejadian tragedi kondominium Highland Towers pada 1993.

Zaman Khan pernah berkhidmat sebagai ketua polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai ketua pengarah penjara pada 1997.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.