
Dalam mengumumkan keputusan itu baru-baru ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba berkata, mulai 16 Sept, vaksin akan diberikan di klinik-klinik kerajaan yang ditetapkan, bukan lagi pusat pemberian vaksin (PPV). Senarai klinik terbabit akan diumumkan tidak lama lagi.
Adham berkata, keputusan itu dibuat kerana kehadiran di PPV kini rendah dan bilangan penduduk Lembah Klang yang belum menerima vaksin adalah kecil.
Santiago mendakwa, data MySejahtera tidak mewakili penduduk Lembah Klang secara tepat, maka dakwaan mengenai bilangan kecil penduduk tidak divaksinasi dapat dicabar.
Dalam hantaran di Twitter, beliau berkata, vaksinasi secara “walk-in” mesti diteruskan bagi “ribuan individu yang belum mendapat vaksin, terutamanya golongan B40 dan pekerja-pekerja tidak berdokumen”.
Namun Lee berkata, PPV berisiko menjadi penyebar besar virus Covid-19.
“Justeru, wajar untuk menghentikan operasi PPV mega apabila tiada lagi keperluan buat vaksinasi secara besar-besaran,” katanya kepada FMT.
Lee, bekas timbalan menteri kesihatan pada era Pakatan Harapan, menyambut baik penetapan klinik-klinik kerajaan untuk memberi vaksin.
“Ia akan jadi seperti amalan lazim bagi vaksin-vaksin lain, contohnya polio, campak dan Hepatitis B,” katanya.
Menurut kerajaan, 51.1% daripada populasi Malaysia telah lengkap vaksinasi Covid-19, dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, ini membabitkan 72.5% penduduk Lembah Klang.