
Beliau bagaimanapun berkata pelucutan itu hanya sebagai ketua penerangan sahaja, bukannya sebagai ahli PKR dan keputusan itu mendapat persetujuan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“Kita memang dapat persetujuan daripada pusat, kita ada hak untuk ambil tindakan, ini kerana jawatan itu dilantik bukannya dipillih dan kita boleh pecat kerana tidak mengikut peraturan parti,” katanya.
Ravi berkata, parti akan berbincang dengan Yusof selepas ini dan mungkin menawarkan jawatan lain kepadanya kerana beliau adalah orang lama dalam parti.
Beliau berkata, setakat ini tiada nama baharu dicalonkan untuk menggantikan Yusof dan ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat biro parti itu minggu depan.
Semalam, media melaporkan Yusof dipecat daripada jawatan ketua penerangan PKR negeri.