
Menterinya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain undang-undang baharu, skim perdagangan karbon domestik, Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia dan perubahan kepada Pusat Inventori Gas Rumah Kaca (GHG) Negara akan digubal dan dilancarkan.
Dalam amanatnya kepada pegawai kementerian yang dikongsikan dengan media hari ini, beliau berkata, akan ada juga perubahan kepada sektor pengurusan air, termasuk penetapan mekanisme tarif air yang adil dan telus.
Katanya lagi, akan ada dorongan bagi industri untuk menggunakan sumber air pulih guna dan pada masa sama memastikan semua memiliki akses lebih baik kepada bekalan air minum dirawat dan pembetungan.
Kementerian turut menyasarkan untuk meningkatkan kadar rizab margin air negara, kata Tuan Ibrahim.
Di samping undang-undang perubahan iklim yang diperbaharui, akan ada lebih banyak penguatkuasaan undang-undang pencegahan pencemaran dan dorongan untuk projek tebatan banjir yang kritikal, selain memastikan pembaikan hakisan pantai dilaksanakan mengikut jadual bagi memenuhi kewajipan antarabangsa dan membudayakan kesedaran rakyat terhadap agenda kelestarian alam.
“Perdana menteri telah menegaskan bahawa Jemaah Menteri perlu membuktikan pencapaian utama dalam tempoh 100 hari pertama.
“Saya memandang serius perkara ini dan tempoh 100 hari pertama sangat kritikal,” katanya.