
Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung bayi yang ditinggalkan itu pada 11.52 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu masih mempunyai tali pusat dan uri disyaki baru dilahirkan kurang daripada 12 jam.
“Bayi itu kini berada di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berumur kurang 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak.
Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada polis.