Paralimpik Tokyo 2020: Latif sumbang emas ketiga buat Malaysia

Paralimpik Tokyo 2020: Latif sumbang emas ketiga buat Malaysia

Abdul Latif Romly berjaya mempertahankan gelaran dimenanginya di Rio 2016.

Abdul Latif Romly. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jaguh lompat jauh paralimpik negara, Abdul Latif Romly berjaya merangkul pingat emas lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) lelaki pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Kemenangan itu sekaligus mempertahankan gelarannya yang dimenangi di Rio 2016, selain menjadi pingat emas ketiga buat Malaysia.

Atlet berusia 24 tahun itu adalah pemegang rekod dunia acara berkenaan menerusi lompatan sejauh 7.64m yang dilakukannya ketika Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.

Latif turut memegang rekod Paralimpik dengan catatan 7.60m ketika dia memenangi emas di Rio.

Awal hari ini, jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou melakar sejarah apabila merangkul pingat emas sukan itu dalam aksi final kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sebelum ini, emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah disumbangkan oleh Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72kg.

Bonnie merangkul emas dengan angkatan terbaiknya 228kg sekali gus memecahkan rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.