Melaka, Negeri Sembilan ke Fasa 2 dan 3

Melaka, Negeri Sembilan ke Fasa 2 dan 3

Peralihan fasa bagi dua negeri itu akan bermula Sabtu ini.

Melaka akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara mulai Sabtu ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Melaka akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), manakala Negeri Sembilan ke Fasa 3.

“Peralihan fasa bagi negeri-negeri di atas akan bermula 4 Sept,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ismail berkata, Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut bersetuju Langkawi dibuka kepada pelancong tempatan mulai 16 Sept ini.

“Destinasi pelancongan lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80%.”

Awal bulan lalu, kerajaan mengumumkan tiga negeri menjadi perintis peralihan ke Fasa 3 PPN selepas merekodkan prestasi amat baik, iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan.

Negeri lain masih berada di bawah Fasa 1 dan 2.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.