
Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah, berkata kesemua 25 individu berkenaan membabitkan 14 lelaki dan 11 wanita berumur antara 22 hingga 49 tahun.
“Kesemua 25 individu telah melakukan kesalahan iaitu berada di kawasan awam melebihi tempoh masa ditetapkan dan tiada penjarakan sosial.
“Nilai keseluruhan kompaun yang dikenakan ke atas semua individu adalah sejumlah RM37,500,” katanya memetik laporan Utusan Borneo.
Ahsmon berkata, kesemua mereka dikenakan kompaun semasa Ops Covid-19, yang diadakan pada 8 malam 30 Ogos hingga 1 pagi (31 Ogos 2021) di sekitar Kuching.
Beliau berkata, pasukan pematuhan telah menjalankan pemeriksaan di dua tempat berasingan di kawasan Jalan Tan Sri Ong Kee Hui dan Jalan Hup Kee.
Katanya, Ops Covid-19 berkenaan dilakukan pasukan pematuhan terdiri tiga pegawai dan 12 anggota yang menjalankan operasi penguatkuasaan SOP Akta 342 sempena sambutan Ambang Merdeka di Kuching.
“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi pelaksanaan SOP yang dikeluarkan dan pihak polis tidak akan berkompromi berhubung pelanggaran SOP,” katanya.