Kendali ujian Covid-19 secara haram, pusat kecantikan diarah tutup

Kendali ujian Covid-19 secara haram, pusat kecantikan diarah tutup

Serbuan dilakukan pihak berkuasa selepas menerima maklumat berhubung perkhidmatan ujian saringan Covid-19 di pusat kecantikan itu.

Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu menawarkan perkhidmatan ujian saringan Covid-19 tanpa pengendalian pihak bertauliah. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Sebuah pusat kecantikan di Batu Uban yang secara haram menawarkan ujian saringan Covid-19 kepada orang ramai, malah dengan bayaran lebih murah berbanding klinik swasta, diarah tutup serta-merta selepas diserbu pihak berkuasa hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Pulau Pinang, Dr Mohamed Iqbal Hamzah, berkata pihaknya menjalankan serbuan bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 11 pagi selepas menerima maklumat berhubung perkhidmatan ujian saringan Covid-19 di pusat kecantikan itu.

“Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu menawarkan perkhidmatan ujian saringan Covid-19 tanpa pengendalian pihak bertauliah, dan semasa serbuan pekerja di situ sendiri melakukan ujian saringan kepada pelanggan tanpa kehadiran doktor mahupun jururawat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, harga dikenakan bagi setiap ujian saringan di pusat kecantikan itu dipercayai hanya RM50 dan ia mendapat permintaan tinggi, sehingga lebih 100 pelanggan telah menjalani ujian saringan di premis itu sejak ia beroperasi dua hari lepas.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.