Bonnie raih emas pertama, pecah rekod Paralimpik

Bonnie raih emas pertama, pecah rekod Paralimpik

Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin memecah rekod Paralimpik dalam kategori lelaki 72kg dengan angkatan seberat 228kg.

Atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini. (Gambar Bernama)
TOKYO:
Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin melakukan angkatan menakjubkan apabila menghadiahkan emas pertama buat negara pada hari keempat Sukan Paralimpik, pada Sabtu.

Lebih mengagumkan, atlet kelahiran Serian, Sarawak itu turut memecahkan rekod Paralimpik dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016 iaitu 227kg, dengan angkatan 228kg dalam percubaan ketiganya pada hari pertama sukan berkenaan berlangsung.

Atlet berusia 22 tahun itu dianggap sebagai pencabar utama pingat untuk acara itu selepas memecah rekod dunia pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11, Jun lepas.

Bonnie tidak berjaya memecah rekod dunianya sendiri iaitu 230 kg yang dilakukan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu apabila gagal melakukan angkatan seberat 231 kg dalam percubaan keempatnya.

Pingat perak dimenangi atlet Egypt, Mahmoud Attia manakala gangsa milik atlet Great Britan, Micky Yule.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.