Lebih 80% populasi dewasa di Labuan, Lembah Klang, Sarawak lengkap 2 dos vaksin

Lebih 80% populasi dewasa di Labuan, Lembah Klang, Sarawak lengkap 2 dos vaksin

Labuan, Lembah Klang dan Sarawak masing-masing merekodkan 93.1%, 88.7% dan 86.4% populasi dewasa lengkap vaksinasi.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.
PETALING JAYA:
Labuan, Lembah Klang dan Sarawak masing-masing merekodkan lebih 85% populasi dewasa lengkap dua dos vaksin Covid-19, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di Twitter, JKJAV memaklumkan, Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 93.1%, atau 63,750 orang daripada populasinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Lembah Klang pula merekodkan 88.7% atau 5,468,893 orang populasi dewasa lengkap menerima dua dos vaksin manakala 6,808,022 juta individu menerima satu dos.

Sarawak kemudian mencatatkan 86.4% atau 1,765,851 orang lengkap divaksinasi manakala 1,808,022 orang menerima satu dos.

Ketika ini, Sabah masih mencatatkan negeri paling rendah menerima suntikan vaksin iaitu 36.1% atau 966,660 orang.

Sementara itu, vaksinasi harian dicatatkan sebanyak 343,900 dos semalam dengan 141,492 adalah dos pertama manakala 202,408 adalah dos kedua.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.