
Mohamad Haslam Abdul Salam, 32, didakwa menyebabkan cedera di bahagian belakang badan serta kedua-dua tangan dan kaki Muhammad Sawfi Razali, 21, dengan menggunakan sebatang penyapu, menurut laporan Bernama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan GB 5, Taman Gadong Bahagia, di sini, pada kira-kira 7 pagi, 22 Ogos lalu.
Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, atau denda atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya N Sivasangari mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.
Peguam bela Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung tiga anak.
Hakim Nariman Badruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan.
Beliau kemudian menetapkan 27 September ini untuk sebutan semula kes.