
Ahli Parlimen Muar itu mendapati 732 kematian Covid-19 dicatatkan dalam hanya tempoh dua hari.
“Rakyat tak boleh tunggu 100 hari. Logik untuk tunggu 100 hari kalau menterinya berbeza, muka baharu,” katanya di Twitter.
“Tetapi ‘Kabinet baharu’ ini wataknya sama sahaja.”
Ketika mengumumkan barisan Kabinetnya pagi tadi, Ismail memberi tempoh 100 hari kepada 31 menteri dan 38 timbalan menteri untuk membuktikan prestasi awal setiap kementerian.
Beliau berkata, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran ditetapkan.
Katanya, Jemaah Menteri yang dipilihnya juga berdasarkan kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.
Warganet bagaimanapun menyuarakan rasa tidak puas hati dengan “tempoh percubaan” Perdana Menteri untuk anggota Kabinet baharunya.
Pengguna Twitter @aizatmatlani berkata, kebanyakan individu dalam Kabinet Ismail berkhidmat sejak Mac 2020 di awah kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.
“Anda mahu 100 hari untuk apa? Tempoh percubaan sudah lama tamat.”
@BuletinJohore berkata: “Pilot je lain, penumpang sama…dah lebih 100 hari masa era Muhyiddin Yassin… dari Covid gelombang pertama sampai gelombang ketiga…Hmmm.”
@hfshm_ said meragui sama ada anggota Kabinet baharu memerlukan 100 hari untuk membuktikan kemampuan mereka, khasnya selepas “persembahan malapetaka” sebelum ini.
@hisyamghazali91 berkata, tiada perlu 100 hari kerana kebanyakan menteri dan timbalan mereka adalah muka sama.
“Satu-satunya individu boleh diharapkan dalam Kabinet ialah KJ (Khairy Jamaluddin),” tulisnya yang dibalas @thehiwaga dengan berkata, ia adalah “orang sama tetapi menjangkakan keputusan berbeza”.
@Majestic136 bertanya: “Lepas 100 hari kalau gagal, sebagai rakyat apa boleh buat?”