
Menerusi video berdurasi lapan saat itu, petugas kesihatan berkenaan melarang lelaki terbabit berbuat demikian atas alasan Khairy sudah meletak jawatan sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi sebelum ini.
Terdahulu, Khairy dilantik sebagai menteri kesihatan dalam barisan Jemaah Menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Assalamualaikum,” kata Khairy di Twitter yang menerima lebih 10,000 ciapan semula hanya dalam tempoh 20 minit kenyataan itu dibuat di akaun rasminya.
Pada 23 Julai lalu, Khairy yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi kebenaran kepada orang ramai membuat rakaman video ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.
Khairy berkata, ia sebagai bukti sekiranya terdapat sebarang isu berbangkit berkaitan suntikan vaksin.
Twitter itu turut menerima pelbagai reaksi warganet antaranya @SCendekiawan “banyak pegawai kerajaan lebih sudu dari kuah” dan @no_names90 “Hahaha… laju lepas kena lantik. Cayalah”
Seorang pengguna Twitter @iskandariaaa_ berkata “habislah akak nurse tu”, manakala @Radin_Era berkata “Hahaha… jawab salam tu kak”.