Hati-hati dengan individu menyamar ketua polis Johor

Hati-hati dengan individu menyamar ketua polis Johor

Ayob Khan berkata, aktiviti itu dikesan pihaknya sejak kebelakangan ini dengan menggunakan beberapa nombor telefon.

Ayob Khan berkata, masyarakat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai dirinya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis mengesan aktiviti penyamaran individu sebagai ketua polis Johor bagi tujuan jenayah penipuan.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata aktiviti itu dikesan pihaknya sejak kebelakangan ini dengan menggunakan beberapa nombor telefon.

Katanya, nombor telefon yang dikesan melakukan aktiviti penipuan itu adalah 016 4818565 dan 010 8368223.

“Adalah diingatkan kepada semua masyarakat dan orang awam, supaya jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai ketua polis Johor,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Johor di talian 07 2254047 atau pegawai khasnya di talian 013 9058124.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.