
Tahukah apabila anda dikelilingi kehijauan alam sekurang-kurangnya lima minit sehari, kesihatan mental dan fizikal anda boleh menambahbaik?
Mendekati alam semula jadi boleh meningkatkan kepekaan anda pada kesejahteraan diri dan keadaan pemikiran anda. Pada masa yang sama, terdedahan kepada oksigen merangsangkan kecergasan otak, keupayaan memori, dan menajamkan kenumpuan diri.
Bayangkan jika anda tinggal berdekatan kerimbunan. Kediaman yang tidak jauh dari hutan seolah-olah rawatan percuma ‘terapi alam’ yang tersedia ada untuk sepanjang kehidupan anda, yang membawa begitu banyak kebaikannya.
Berita baik bagi penghuni kota adalah Sunway d’hill Residences di Kota Damansara oleh Master Community Developer Sunway Property menawarkan kebaikan ‘terapi alam’ dengan kesenangan moden seperti kedai-kedai runcit di tingkat bawah, serta gaya hidup pinggir bandar dalam kawasan perbandaran yang membangun dan menjadi idaman ramai.
Tenang dan aman
Di Sunway d’hill Residences, anda pasti akan tergoda dengan ciri-cirinya. Semua bilik di pangsapuri berservis ini berhadap ke arah luar bagi memaksimumkan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi.
Ciri ini membolehkan penghuni Sunway d’hill Residences menikmati keindahan Hutan Simpanan Kota Damansara, yang berkedudukan hanya 100 meter dari kediaman mereka.
Hutan simpanan seluas 857 ekar itu merupakan tempat yang menarik untuk menyelami alam. Di situ, anda dan seisi keluarga boleh melepaskan tekanan hidup di kota dengan berpiknik dikelilingi pepohon rimbun.
Penggemar aktiviti ‘trekking dan hiking’, serta penunggang basikal lasak, pastinya akan teruja untuk menelusuri denai-denai hutan simpanan ini, yang sepanjang 14km.
Selepas siang berlabuh, bunyi cengkerik dan desiran daun dan kayu yang ditiup angin akan mengiringi tidur anda.
Apabila terjaga, bayangkan anda disambut dengan pemandangan hutan dan udara segar setiap pagi.

Menyedari betapa pentingnya kehijauan menawan ini, Sunway d’hill Residences di Kota Damansara memasukkan ‘zon-zon hutan’ di serata kawasan pembangunan ini.
Antara unsur hutan yang akan dipamer adalah denai refleksologi, tempat permainan, dan denai kanopi, di mana dewasa mahupun kanak-kanak boleh meluangkan masa bersama.
Selain itu, terdapat juga ‘zon air’, di mana kolam infiniti sepanjang kolam renang Olimpik dan kolam randuk, serta ‘zon permainan’ dan ‘zon keluarga’ telah disediakan.
Membuktikan komitmen Sunway pada kehidupan lestari, Sunway d’hill Residences mendapat pengiktirafan “Gold” daripada badan penarafan bangunan mesra alam terkemuka di Malaysia, GreenRE.
Sunway d’hill Residences turut memuatkan reka bentuk mesra alam dalam pembinaannya, seperti rak basikal untuk menggalakkan pergerakan bebas tanpa kereta.
Taraf “Gold” memperakui kecekapan guna tenaga dan air Sunway d’hill Residences, serta persekitaran dalam bangunan yang berkualiti dan penggunaan bahan-bahan mesra alam bagi menjamin kelestariannya.

Kemudahan kota senang diperolehi
Berdekatan dengan Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Sungai Buloh, dan Mutiara Damansara, Kota Damansara menonjol sebagai kawasan kejiranan yang lengkap.
Sunway d’hill Residences, yang terletak di tengah Kota Damansara, akan memudahkan penghuni untuk melakukan urusan harian disebabkan lokasi strategik ini yang dikelilingi pelbagai kawasan komersial.
Pusat beli-belah seperti Sunway Giza dan Sunway Nexis mempunyai kedai yang berbagai untuk keperluan harian dan menikmati makanan yang enak. Terdapat pilihan yang memadai juga bagi pusat hiburan.
Selain itu, terdapat juga banyak institusi pendidikan dalam lingkungan 5km – SEGi University College, Sekolah Sri KDU, St Joseph International School, SJK (C) Puay Chai, SJK (C) Damansara, SMK Seksyen 10, SK Seksyen 7, dan British International School – yang tentu akan memenuhi citarasa ibu bapa.

Bagi mereka yang memerlukan pusat perubatan yang berdekatan, Sunway d’hill Residences terletak tidak jauh dari beberapa kemudahan penjagaan kesihatan, antaranya Sunway Damansara Specialist di Sunway Nexis dan Thomson Hospital.
Dari segi penyambungan, penduduk Sunway d’hill Residences boleh menikmati akses mudah ke Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE), Penchala Link, dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).
Untuk menikmati kemudahan kehidupan dalam bandar, Stesen MRT Kwasa Sentral hanya terletak 2.5km dari Sunway d’hill Residences, memudahkan pengguna perkhidmatan awam bergerak ke serata Lembah Klang.
Di samping itu, Sunway d’hill Residences di Kota Damansara menekankan praktikaliti dan kecekapan dalam reka bentuknya.
Ia amat bersesuaian untuk didiami oleh semua jenis penduduk – berkeluarga, berpasangan, atau bujang.
Dengan keluasan 829 hingga 1,245 kaki persegi, dua hingga empat bilik tidur, serta dapur basah dan kering, rumah idaman yang menjanjikan keselesaan dan kesenangan menanti anda.
Bakal dilancarkan pada suku keempat 2021, keindahan pemandangan hutan simpanan dan persekitaran nyaman yang boleh dinikmati dari balkoni ini boleh menjadi milik anda di Sunway d’hill Residences di Kota Damansara.
DAFTAR DI SINI untuk menikmati kelebihan tempahan awal atau hubungi 1700-81-2222 untuk maklumat lanjut.